Thursday, 11 June 2015

PRECIOUS


keluarga adalah salah satu anugerah terindah yang kita ada di dunia ni.Kasih ibu dan ayah membesarkan kita dan membentuk keluarga bahagia tidak terhingga nilainya .Lawak jenaka abang-abang memeriahkan suasana rumah,sikap kakak yang caring mententeramkan jiwa,telalatah adik yang comel dan nasihat2 atuk dan nenek .semua orang inginkan keluarga yang bahagia,ingin keluarga ceria dan memahami antara satu sama lain.Namun,kita tak boleh menyangkal bahawa keluarga tak lari daripada adanya sedikit perselisihan namun itu kerana kita saling care antara satu sama lain.Di luar sana ,mungkin ada yang bahagia bersama keluarga namun jangan lupa ada juga saudara kita yang hauskan kasih keluarga.Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang.Hargai orang tersayang.Jangan sesekali menghampakan mereka dan teruslah menyulam hubungan dengan senyuman.Allah itu maha adil lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Jangan berhenti berdoa kepada ilahi meminta keredhaan dan rahmatNYA.INSHAALLAH,keluarga kita sentiasa di bawa perlindunganNYA.